MUTIARA TAMAN NEGARA

Bro...sesekali cer keluar dari bercuti kat tempat-tempat kebiasaan seperti pantai, pulau -pulau or bandar-bandar besar. Cer korang bercuti plak ke luar dari bandar. Kali ni nak story pasal Taman Negara yang kitaorang stay 3 hari 2 malam baru-baru ni.



Nak ke Taman Negara ni tak lah sesusah mana. Kalau korang drive dari Kuala Lumpur, hala je Waze korang tu ke Kuala Tahan. Drive from KL ke Kuala Tahan amik masa lebeh kurang 3 jam lebih jer melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Nampak je cam jauh tapi tak jauh mana pun. So korang driveeee je sampai la korang jumpa exit Jerantut.




So dari bandar Jerantut, follow je GPS Waze tu sampailah korang tiba ke Jeti Kuala Tahan. Tadaaaa..dari jeti tu korang dah bleh nampak Hotel Mutiara Taman Negara kat seberang sungai sana. Nak menyeberang sungai ni, korang kena naik bot pancung kat banyak terdapat kat situ. Korang hanya perlu bayar RM1 jerk per head untuk ke seberang. Dekat je, tak sampai 5 minit naik bot korang dah pun sampai ke jeti Mutiara Taman Negara. Beb..walaupun dekat, korang wajib pakai life jacket!




Ok..apa yang best if korang stay kat Mutiara Taman Negara ni? Banyak bendaaaa yg korang bleh wat. Kalau stay semalam, memang tak sempat. At least korang kena stay 2 malam. Ada banyak package + activities yang dorang prepare untuk korang. Nak tau detail terkini promotion, masuk je dalam website dorang kat sini.





Time we all ke sana, macam2 activity yang kitaorang join. Ada jungle trekking, jungle night walk, naik boat cruise to Lata Berkoh, canopy walk yang osemmmm... ada rapid shooting boat  (naik boat pancung merentas lawan arus air!) yang super osemmm sambil melawat perkampungan orang asli, ada fish feeding kat Kelah Santuary dan macam-macam benda lagik yang korang bleh buat!





Yang ada anak kecik sangat, rasanya tak sesuai. Maybe korang bleh layan Taman Negara ni bersama kengkawan korang or family. Memang terasa kelainannya.

Kat Mutiara Taman Negara ni, no issue pasal bilik. Bilik semuanya osem! Korang bleh sewa bangalow kiranya datang berjemaah ataupun bilik biasa yang semuanya ber-aircond. Yang bestnya, kalau sebelah malam...korang bleh lihat banyak binatang merayau sebelah bilik korang! Memang osemmm la wehhh... Dont worry, binatang binatang tu takkan ganggu pun korang. Lainlah kalau korang start lastik dorang, kompem dorang datang sondol korang! Hehehehhe...

Nak makan? Kat sini ada restaurant and cafe yang sajikan makanan yang super sedap. Mini market pun ada kat Mutiara Taman Negara ni. So, dont worry!


Since nama pun Taman Negara, so kat sini korang xleh nak smoking or vaping sesuka hati. Nak smoking, ada designated place yang korang kena pergi untuk hisap rokok!

Haaa..lagi satu, kat sini kalau korang plan nak datang, bawakkkla camera sebab pemandangan hutan kat sini memang terbaekkkk! Korang bleh bergambar kat tepi sungai, bergambar atas boat pancung, bergambar kat denai-denai hutan, bergambar dengan pokok-pokok yang super besar, bergambar dengan binatang, bergambar dengan pokok-pokok yang pelik-pelik dan boleh gak bergambar dengan puak kaum asli yang berada di sekitar kawasan ni. Pendek kata, bawaklah camera yang bleh masuk air sekali sebab aktiviti boat rapid shooting memang korang akan basah lencun!

So guys...buleh la start plan untuk teroka Taman Negara! Memang terbaekkkkk bohhhh!

Jom layan video plak kat bawah ni.... Happy Travel beb! XOXO!







+++++++++++++++++++++++++++++

Overseas Travel Tips:
If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah.

KUALA LUMPUR MRT

Guys...now korang yang nak masuk KL tak payah nak susah payah dah nak hadap jem bagai yang penuh sesak kat tengah-tengah KL tu. And kalau terasa tetiber teringin nak pekena sate kajang, naik je MRT to dari mana-mana station terusssss ke Kajang!

Photo - Malay Mail

So as semua tahu, project MRT Sungai Buloh - Kajang telah pun officially open to public on July 17th 2017. Mean korang bleh la cuba naik MRT ni bermula dari Station Sunga Buloh hinggalah ke Station Kajang yang mana korang akan lalu sebanyak 31 station kesemuanya! Termasuklah beberapa station yang berada underground bawah tanah!

So guys, please check out MRT Route kat bawah ni:
Click for better view
Tiket
Nak naik MRT ni korang hanya perlu beli tiket secara cash di machine tiket or boleh gak guna card Touch N Go!

Schedule /Jadual Perjalanan Train
Untuk jadual perjalanan MRT, korang bleh je check direct kat MRT Website

Kemudahan Station
Untuk pelbagai kemudahan kat setiap station MRT, korang bleh je click sini

Facts
Station Razak Interchange merupakan station yang paling dalam - kedalaman station ni sedalam 40 meter ataupun separas bangunan 13 tingkat beb!

Eskalator paling panjang terletak di station Bukit Bintang iaitu sepanjang 20 meter!

Setiap station mempunya tema dan konsep hiasan dalaman yang berlainan sesuai dengan persekitaran station tersebut!

Below ni osem MRT Station punya interior, all photos below taken by my colleagues - Bro Sam Husin :)















Guys, enjoy MRT Interior Video kat bawah ni:





+++++++++++++++++++++++++++++

Travel Tips:
If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah.

JEPUN - BASIC THINGS YANG KORANG KENA TAHU SEBELUM KE SANA!

Japan! Wahhh...for sure ramai antara korang yang dah pun jejakkan kaki ke negara Matahari Terbit tersebut. Maybe ada jugak yang still berkira-kira dan tengah planning untuk travel ke negara Jepun. Frankly, tak susah mana pun kalau korang ada plan nak travel ke sana. Tak payah pun susah-susah nak travel ke Japan dengan menggunakan agensi. Yang penting korang kena tahu basic things or perkara asas mengenai negara Jepun tu.



1. Segalanya Mahal!
Please plan properly dari tempat korang nak stay, tempat yang korang nak bejalan, tempat makanan halal yang korang nak makan hinggalah ke tempat-tempat yang korang plan nak shopping. For me, kalau gi ngan kengkawan or ngan sedara mara secara berjemaah, elakkan dari dok kat hotel - mahallll dan tak berbaloi. Lagi jimat dan osem kalau korang stay kat apartment! Nak carik apartment? Korang try je AirBNB

2. Bila nak Fly?
Sila check dulu bulan yang korang nak travel tu musim apa?? Kat sana ada 4 musim. Jangan plak tersilap bawak seluar pendek masa musim sejuk! Keras kojol plak korang nanti. So kalau korang nak main salji, check bulan berapa yang ada snowfall bagai. Kalau nak plan layan bunga Sakura plak, pun kena check exact month bunga tu blossom. Kalau rasa nak bedal je sebab tiket flight murah time certain month, maka bedallahhh cuma kena check la gak musim tu musim apa. Kat sana xder musim durian! Hehehehe... Opsss..nak check musim apa kat sana, sila check kat sini haaaaa


Tateyama Kurobe


3. Matawang
Haaa yang ni jangan dilupa! Matawang Japan guna Yen. So plan bebetul berapa lama nak stay sana. Korang bleh tukar siap-siap RM ke Yen semasa kat Malaysia. Elakkan tukar kat airport...mahal! Tukar lebeh takper. Kalau ada credit card/debit card...jangan lupa activatekan sebelum korang fly. Cara nak activate, sila masuk korang punya bank online. Kat online bank tu dah bleh activate dah. Kalau lupa activate, mampos korang xleh nak guna debitcard korang kat Japan nanti...heheheh. Budget travel kena ada and plan siap-siap, kecualilah dalam bank korang ada 100juta, then takyah la plan.

4. Immigration Status
Haaa..yang ni ramai yang amik mudah. Wat passport lepas, tapi terkantoi and sangkut kat imegresen kat aiport! Phewwww...naik angin beb kalau jadik camni. So apa-apa hal, sebelum beli tiket..korang check dulu status imegresen korang tu samada clear atau nama dah kena blacklist! Banyak yang kantoi kena blacklist mostly sebab tak bayar PTPTN and tak bayar income-tax! So..please please checkkkk dulu nama korang. Nak check clear or tak nama korang, click kat Imigresen Malaysia ni haaaaaa... Visa? No need. Rakyat Malaysia tak payah apply visa untuk travel ke Japan, nanti sesampainya kat sana, dorang akan proceed dengan arrival visa and korang buleh pusing dan ronda sampai pening kat sana sehingga 90 hari! Lebeh 90 hari kalu, memang chances kena tangkap agak tinggi...beb apa kejadahnya nak stay lama sangat? Tak rindu nasik lemak erkkk..

5. Electric Power
Beb..sah sah kalau korang nak fly ke Japan, korang akan angkut sekali handphone, camera, powerbank dan macam-macam jenis tok nenek punya gadget. So korang kena amik tahu plug kat Japan ni macamana. Japan actually menggunakan power 100v. Andainya korang ada plan nak fly ke Japan, sila standbykan plug yang fit/sesuai dengan electricity kat sana. Dorang guna 2 pin dan ada yang 3 pin plug. Nak senang, korang beli jer universal travellers plug tu. Semua negara bleh guna tanpa was-was :)



6. Accomodation
Beb..kalau korang banyak duit, memang seronok kalau dapat stay kat hotel. Bare in mind yang hotel-hotel biasa kat Japan kebanyakkannya bersize kecik. Lainlah kalau korang nak stay Hilton ke. So mostly rakyat Malaysia yang fly ke Japan dorang akan carik homestay.



Korang bleh carik kat AirBNB, harga murah dan macam-macam kelengkapan yang dorang sediakan dalam rumah tu macam mesin basuh, tv, aircond/warmer, katil, wifi, tv, dapur, mesin basuh pinggan dan macam-macam lagik. So rasanya kalau plan travel ke Japan secara berjemaah dengan kengkawan or sedara, amatlah syiokkkk kalau korang stay kat homestay yang macam ni. Bilik pun banyak, ada yang 2 bilik..ada yang 3 bilik. Yang i gi time kat Tokyo dulu, i amik yang 5 bilik beb! So korang bleh stay and stick together, bleh lepak tengok tv sama-sama, bleh masak and makan sama-sama. But jangan lupa, kalau nak carik tempat stay tu...carik yang dekat or berhampiran dengan stesen keretapi...senang nak kemana-mana nanti!

7. Transporation
Jangan memandai-mandai nak sewa kereta pandu sendiri kat sana. Sebab korang akan confuse nanti. System GPS yang dorang ada kebanyakkannya guna bahasa Jepun, hanya ada beberapa company sewa kereta je yang prepare Bahasa Inggeris. So takyahlah ngengada nak sewa kereta. Guna train lagi efisen! Korang bley plan ke sana sini dengan mudah dengan hanya naik train! Sebelum korang fly ke Japan, korang bley download apps train ke dalam handphone korang. Korang hanya perlu taip dari stesen mana korang naik dan kat mana korang nak stop...so simple! Lau dah sampai sana, jangan lupa try naik Shinkansen (bullet train) ! Cost agak mahal sket la tapi phewww osemmm!



8. Makanan Halal
Haaaa..yang ni jangan risau sebab most of lokasi yang rakyat Malaysia suka travel kat Japan, mostly ada restaurant yang sediakan makanan halal. Kebab halal bersepah kat Osaka or Tokyo. Kena rajin google. So in case, bawaklah makanan asasi sket macam maggi ke hapa ke untuk alas perut masa kat homestay nanti...kan kannn...sedappp ooo makan megi kat oversea!


9. Communication
Wehh..kalau nak travel ke Japan. Takyah la nak beli simcard kat sana ke hapa. Since Japan ni negara yang hebat dalam communication, so korang pakai je poket wifi. Wifi kat sana meletop-letop lajuuu, jauh beza line kat Malaysia ni. So aku strongly suggest korang book siap-siap Pocket Wifi ni dari Malaysia, amik kat Malaysia. Sampai je kat Japan, terus ON dan bleh guna on the spot!



Selalu aku amik/sewa Pocket Wifi ni kat sini. Bleh share-share line wifi ngan sdara and kengkawan, Xder deposit yang korang kena letak. Bayaran dia pun murah giler dan fix! So NO HIDDEN charge. Baca pasal Pocket Wifi tu kat sini! Dah penah post dah pasal Poket Wifi tu kat blog ni dulu.


Ok..jangan lupa TRAVEL SAFE!

Read more tips pasal Japan dalam my previous write up here.

Bamboo Path, Osaka


Odaiba, Tokyo


Ueno Park, Tokyo

PREVIOUS HOT!