JEPUN - BASIC THINGS YANG KORANG KENA TAHU SEBELUM KE SANA!

Japan! Wahhh...for sure ramai antara korang yang dah pun jejakkan kaki ke negara Matahari Terbit tersebut. Maybe ada jugak yang still berkira-kira dan tengah planning untuk travel ke negara Jepun. Frankly, tak susah mana pun kalau korang ada plan nak travel ke sana. Tak payah pun susah-susah nak travel ke Japan dengan menggunakan agensi. Yang penting korang kena tahu basic things or perkara asas mengenai negara Jepun tu.



1. Segalanya Mahal!
Please plan properly dari tempat korang nak stay, tempat yang korang nak bejalan, tempat makanan halal yang korang nak makan hinggalah ke tempat-tempat yang korang plan nak shopping. For me, kalau gi ngan kengkawan or ngan sedara mara secara berjemaah, elakkan dari dok kat hotel - mahallll dan tak berbaloi. Lagi jimat dan osem kalau korang stay kat apartment! Nak carik apartment? Korang try je AirBNB

2. Bila nak Fly?
Sila check dulu bulan yang korang nak travel tu musim apa?? Kat sana ada 4 musim. Jangan plak tersilap bawak seluar pendek masa musim sejuk! Keras kojol plak korang nanti. So kalau korang nak main salji, check bulan berapa yang ada snowfall bagai. Kalau nak plan layan bunga Sakura plak, pun kena check exact month bunga tu blossom. Kalau rasa nak bedal je sebab tiket flight murah time certain month, maka bedallahhh cuma kena check la gak musim tu musim apa. Kat sana xder musim durian! Hehehehe... Opsss..nak check musim apa kat sana, sila check kat sini haaaaa


Tateyama Kurobe


3. Matawang
Haaa yang ni jangan dilupa! Matawang Japan guna Yen. So plan bebetul berapa lama nak stay sana. Korang bleh tukar siap-siap RM ke Yen semasa kat Malaysia. Elakkan tukar kat airport...mahal! Tukar lebeh takper. Kalau ada credit card/debit card...jangan lupa activatekan sebelum korang fly. Cara nak activate, sila masuk korang punya bank online. Kat online bank tu dah bleh activate dah. Kalau lupa activate, mampos korang xleh nak guna debitcard korang kat Japan nanti...heheheh. Budget travel kena ada and plan siap-siap, kecualilah dalam bank korang ada 100juta, then takyah la plan.

4. Immigration Status
Haaa..yang ni ramai yang amik mudah. Wat passport lepas, tapi terkantoi and sangkut kat imegresen kat aiport! Phewwww...naik angin beb kalau jadik camni. So apa-apa hal, sebelum beli tiket..korang check dulu status imegresen korang tu samada clear atau nama dah kena blacklist! Banyak yang kantoi kena blacklist mostly sebab tak bayar PTPTN and tak bayar income-tax! So..please please checkkkk dulu nama korang. Nak check clear or tak nama korang, click kat Imigresen Malaysia ni haaaaaa... Visa? No need. Rakyat Malaysia tak payah apply visa untuk travel ke Japan, nanti sesampainya kat sana, dorang akan proceed dengan arrival visa and korang buleh pusing dan ronda sampai pening kat sana sehingga 90 hari! Lebeh 90 hari kalu, memang chances kena tangkap agak tinggi...beb apa kejadahnya nak stay lama sangat? Tak rindu nasik lemak erkkk..

5. Electric Power
Beb..sah sah kalau korang nak fly ke Japan, korang akan angkut sekali handphone, camera, powerbank dan macam-macam jenis tok nenek punya gadget. So korang kena amik tahu plug kat Japan ni macamana. Japan actually menggunakan power 100v. Andainya korang ada plan nak fly ke Japan, sila standbykan plug yang fit/sesuai dengan electricity kat sana. Dorang guna 2 pin dan ada yang 3 pin plug. Nak senang, korang beli jer universal travellers plug tu. Semua negara bleh guna tanpa was-was :)



6. Accomodation
Beb..kalau korang banyak duit, memang seronok kalau dapat stay kat hotel. Bare in mind yang hotel-hotel biasa kat Japan kebanyakkannya bersize kecik. Lainlah kalau korang nak stay Hilton ke. So mostly rakyat Malaysia yang fly ke Japan dorang akan carik homestay.



Korang bleh carik kat AirBNB, harga murah dan macam-macam kelengkapan yang dorang sediakan dalam rumah tu macam mesin basuh, tv, aircond/warmer, katil, wifi, tv, dapur, mesin basuh pinggan dan macam-macam lagik. So rasanya kalau plan travel ke Japan secara berjemaah dengan kengkawan or sedara, amatlah syiokkkk kalau korang stay kat homestay yang macam ni. Bilik pun banyak, ada yang 2 bilik..ada yang 3 bilik. Yang i gi time kat Tokyo dulu, i amik yang 5 bilik beb! So korang bleh stay and stick together, bleh lepak tengok tv sama-sama, bleh masak and makan sama-sama. But jangan lupa, kalau nak carik tempat stay tu...carik yang dekat or berhampiran dengan stesen keretapi...senang nak kemana-mana nanti!

7. Transporation
Jangan memandai-mandai nak sewa kereta pandu sendiri kat sana. Sebab korang akan confuse nanti. System GPS yang dorang ada kebanyakkannya guna bahasa Jepun, hanya ada beberapa company sewa kereta je yang prepare Bahasa Inggeris. So takyahlah ngengada nak sewa kereta. Guna train lagi efisen! Korang bley plan ke sana sini dengan mudah dengan hanya naik train! Sebelum korang fly ke Japan, korang bley download apps train ke dalam handphone korang. Korang hanya perlu taip dari stesen mana korang naik dan kat mana korang nak stop...so simple! Lau dah sampai sana, jangan lupa try naik Shinkansen (bullet train) ! Cost agak mahal sket la tapi phewww osemmm!



8. Makanan Halal
Haaaa..yang ni jangan risau sebab most of lokasi yang rakyat Malaysia suka travel kat Japan, mostly ada restaurant yang sediakan makanan halal. Kebab halal bersepah kat Osaka or Tokyo. Kena rajin google. So in case, bawaklah makanan asasi sket macam maggi ke hapa ke untuk alas perut masa kat homestay nanti...kan kannn...sedappp ooo makan megi kat oversea!


9. Communication
Wehh..kalau nak travel ke Japan. Takyah la nak beli simcard kat sana ke hapa. Since Japan ni negara yang hebat dalam communication, so korang pakai je poket wifi. Wifi kat sana meletop-letop lajuuu, jauh beza line kat Malaysia ni. So aku strongly suggest korang book siap-siap Pocket Wifi ni dari Malaysia, amik kat Malaysia. Sampai je kat Japan, terus ON dan bleh guna on the spot!



Selalu aku amik/sewa Pocket Wifi ni kat sini. Bleh share-share line wifi ngan sdara and kengkawan, Xder deposit yang korang kena letak. Bayaran dia pun murah giler dan fix! So NO HIDDEN charge. Baca pasal Pocket Wifi tu kat sini! Dah penah post dah pasal Poket Wifi tu kat blog ni dulu.


Ok..jangan lupa TRAVEL SAFE!

Read more tips pasal Japan dalam my previous write up here.

Bamboo Path, Osaka


Odaiba, Tokyo


Ueno Park, Tokyo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!