MUTIARA TAMAN NEGARA

Bro...sesekali cer keluar dari bercuti kat tempat-tempat kebiasaan seperti pantai, pulau -pulau or bandar-bandar besar. Cer korang bercuti plak ke luar dari bandar. Kali ni nak story pasal Taman Negara yang kitaorang stay 3 hari 2 malam baru-baru ni.



Nak ke Taman Negara ni tak lah sesusah mana. Kalau korang drive dari Kuala Lumpur, hala je Waze korang tu ke Kuala Tahan. Drive from KL ke Kuala Tahan amik masa lebeh kurang 3 jam lebih jer melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Nampak je cam jauh tapi tak jauh mana pun. So korang driveeee je sampai la korang jumpa exit Jerantut.




So dari bandar Jerantut, follow je GPS Waze tu sampailah korang tiba ke Jeti Kuala Tahan. Tadaaaa..dari jeti tu korang dah bleh nampak Hotel Mutiara Taman Negara kat seberang sungai sana. Nak menyeberang sungai ni, korang kena naik bot pancung kat banyak terdapat kat situ. Korang hanya perlu bayar RM1 jerk per head untuk ke seberang. Dekat je, tak sampai 5 minit naik bot korang dah pun sampai ke jeti Mutiara Taman Negara. Beb..walaupun dekat, korang wajib pakai life jacket!




Ok..apa yang best if korang stay kat Mutiara Taman Negara ni? Banyak bendaaaa yg korang bleh wat. Kalau stay semalam, memang tak sempat. At least korang kena stay 2 malam. Ada banyak package + activities yang dorang prepare untuk korang. Nak tau detail terkini promotion, masuk je dalam website dorang kat sini.





Time we all ke sana, macam2 activity yang kitaorang join. Ada jungle trekking, jungle night walk, naik boat cruise to Lata Berkoh, canopy walk yang osemmmm... ada rapid shooting boat  (naik boat pancung merentas lawan arus air!) yang super osemmm sambil melawat perkampungan orang asli, ada fish feeding kat Kelah Santuary dan macam-macam benda lagik yang korang bleh buat!





Yang ada anak kecik sangat, rasanya tak sesuai. Maybe korang bleh layan Taman Negara ni bersama kengkawan korang or family. Memang terasa kelainannya.

Kat Mutiara Taman Negara ni, no issue pasal bilik. Bilik semuanya osem! Korang bleh sewa bangalow kiranya datang berjemaah ataupun bilik biasa yang semuanya ber-aircond. Yang bestnya, kalau sebelah malam...korang bleh lihat banyak binatang merayau sebelah bilik korang! Memang osemmm la wehhh... Dont worry, binatang binatang tu takkan ganggu pun korang. Lainlah kalau korang start lastik dorang, kompem dorang datang sondol korang! Hehehehhe...

Nak makan? Kat sini ada restaurant and cafe yang sajikan makanan yang super sedap. Mini market pun ada kat Mutiara Taman Negara ni. So, dont worry!


Since nama pun Taman Negara, so kat sini korang xleh nak smoking or vaping sesuka hati. Nak smoking, ada designated place yang korang kena pergi untuk hisap rokok!

Haaa..lagi satu, kat sini kalau korang plan nak datang, bawakkkla camera sebab pemandangan hutan kat sini memang terbaekkkk! Korang bleh bergambar kat tepi sungai, bergambar atas boat pancung, bergambar kat denai-denai hutan, bergambar dengan pokok-pokok yang super besar, bergambar dengan binatang, bergambar dengan pokok-pokok yang pelik-pelik dan boleh gak bergambar dengan puak kaum asli yang berada di sekitar kawasan ni. Pendek kata, bawaklah camera yang bleh masuk air sekali sebab aktiviti boat rapid shooting memang korang akan basah lencun!

So guys...buleh la start plan untuk teroka Taman Negara! Memang terbaekkkkk bohhhh!

Jom layan video plak kat bawah ni.... Happy Travel beb! XOXO!







+++++++++++++++++++++++++++++

Overseas Travel Tips:
If travel alone, bleh beli local sim card kat airport or kat city. But if travel ngan kengkawan, better sewa Pocket Wifi siap-siap dari Malaysia sebab lagi jimat dan bleh share-share bayar sewa. Sewa pocket wifi lagi murah dan jimat if travel secara berjemaah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!