OSAKA VIRAL - OSAKA BANNED MALAYSIAN?

Phewww...satu paper harini telah keluar satu berita mengenai beberapa guesthouse terkenal di Osaka Japan telah pun banned rakyat Malaysia dari menginap kat tempat dorang. Semua isu banned banned ni bermula setelah 3 rakyat kita buat perangai 'taik' kat sana. Hasilnya, semua pelancong Malaysia terpalit taik sama!



Tuan punya Vitti Lodge and Family Apartment telahpun keluarkan statement kat Facebook yang kejadian vandalism kali ni merupakan kejadian kali ke tiga yang libatkan pelancong dari Malaysia. Sebelum ni dorang telahpun banned rakyat Korea dan China, dan kali ni dorang terpaksa pula banned rakyat Malaysia.

Alahaiiii...ni la masalahnya ni. Biler sekor dua orang Malaysia yang wat perangai taik kat luar negara, maka sudah pasti la yang lain pun akan terkena tempias!

Beb...kalau dah menumpang dan stay kat tempat dorang tu, follow jer la rules and regulation dorang...hadoiiii. Ni siap bergaduh plak ngan pekerja dorang tu, baran tak kena tempat! Kena kat negara Jepun plak tu yang terkenal dengan budi bahasa dan cara hidup yang penuh disiplin, memang masakkk laaaa...!



Benda-benda simple ketika korang melawat Japan seperti bayaran sewa, asingkan sampah ikot kategori, takleh wat bising, kemas selepas guna, kawasan larangan merokok dan macam-macam lagi peraturan tu kan...benda tu senangggg je kot! Bukan nya dorang suruh korang mencangkul tanah ke hapaaa. So just follow jer la that simple rules. Korang tu dah la menumpang...kat negara dorang plak tu.

So again guys, tak kira la korang travel ke mana pun...JUST FOLLOW their rules! Rules tu dibuat bukan untuk suka suki mak bapak dorang. Rules tu dibuat sebab nak kasik selesa kat semua orang! Puiiiii...

Kita pun kalau kat Malaysia ni, sure menyampah dan akan naik hangin kalau tengok geng-geng Myanmar kunyah sireh merah tu pastu ludah merata-rata tepi longkang! Puiii lagik sekali....

Guys....simples rules. Korang respect adab dan peraturan negara lain, maka orang lain pun akan respect adab dan peraturan kat sini. Banyak dah aku highlight dalam blog kakikujalanjalan ni pasal adab budaya orang-orang Jepun tu...agaknya dorang tak sempat baca kot..hehhehe..

Baca ni haaa my past write-up...



Happy Travel...! Jangan jadik kepala masuk air macam budak-budak baru nak up melancong ke Osaka that day tuuuu... wat malu rakyat Malaysia jerk!



Travel Tips Japan
Selalu kalau aku fly ke Japan or mana-mana tempat kat oversea, aku amik/sewa Pocket Wifi ni kat sini. Bleh share-share line wifi ngan sdara and kengkawan, Takder deposit yang korang kena letak. Bayaran dia pun murah giler dan fix!So NO HIDDEN charge!

Baca pasal Pocket Wifi tu kat sini! Dah penah post dah pasal Poket Wifi tu kat blog ni dulu dan ramai yang puashati!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!