AVATAR SECRET GARDEN

Wallllaaa...that day sempat la lepak-lepak chill-out cuti-cuti Malaysia sempena cuti panjang raya. So as usual tempat feveret aku nak rilex-rilex kepala untuk jangka pendek ni ialah ke Penang. Why Penang? Sebab kat sini banyak benda korang bleh xplore seperti makanan, kawasan tinggalan penjajah, kawasan lepak-lepak, area pantai yang banyak dan macam-macam benda lagi yang korang bleh wat kat sini actually dan takkan bosan kecualilah korang tersangkut dalam jem kat bandar Georgetown or kat area Feringgi...hehehe..tu memang xleh watper la kan, so hadap je laaaa...



Ok..kali ni aku tak stay area Feringgi macam selalu. Kali ni tukar angin lepak kat satu condotel kat area Georgetown - pun hadap laut beb - nama tempat ni Maritime Penang, korang google la sendiri.

So, as per viral kat sosial media , kali ni amik peluang untuk try jejalan dan xplore satu kawasan yang tak la agak baru tapi memang glemer area Penang ni - Avatar Secret Garden Penang.

Phewww....nama Avatar pun dah kira bedesup glemer kan...kan... So memang la korang kena gi check apa ada kat sana - seriously memang awesome walaupun kawasannya kecik jerkkk..




Ok..camner nak ke Avatar Secret Garden ni? Untuk yang bawak kereta tu, dekat je area Georgetown je. Korang set je Waze GPS korang tu ke Avatar Secret Garden Penang, kompem jumpa! Tempat ni area Tanjung Tokong. Dari town cume dalam 2KM jerkk and if korang dari Feringgi, lebeh kurang 9KM kot.

So xyah ngengada nak datang area ni waktu siang hari..sebab xder apa pun. Dah tahu nak tengok lampu LED cun, datang la belah malam beb! Apa daaaaaa...

Orait, sesampainya area ni..korang kena park kereta tepi jalan besar kalau korang nak free! If korang nak parking dekat - korang masuk je jalan Thai Pak Koong Temple ni. Nanti kat sana ada puluhan penjaga parking, just follow jer arahan dorang. Area ni agak jem beb...sebab beratus orang datang! So just follow apa direction penjaga parking tu kalau nak senang. Kalau rasa tak tak follow arahan, takyah la masuk parking belah dalam! Oppp..dorang akan cas RM5 untuk setiap parking - kira ok la tu, takder la mahal punnnn. Nak keluar pun senang sebab parking dia tersusun walaupun berada dicelah-celah flat berhampiran.




Ok..dah siap parking tu, korang just follow je flow umat manusia yang tengah berjalan tu lebih kurang 100 meter je if korang park dekat. Kalau park lagi dekat, korang jalan hanya 10meter je rasanya.

Lintas je pintu gerbang nak masuk ke Thai Pak Koong Temple ni, korang akan sedar bahasa area ni tepi pantai beb..so angin sungguh nyaman! Nak tengok pokok Avatar? Korang hanya perlu panjat tangga yang takla berapa tinggi untuk naik ke bukit berhampiran tu. Nahhhh...kat situ lah mulut korang akan ternganga sebab korang dah pun berada di Avatar Secret Garden! Memang osem beb lampu-lampu LED yang digantung kat situ, tak macam ICT Shah Alam tu...lampu-lampu yang digantung kat pokok-pokok besar atas bukit ni sejibik cam cerita Avatar, memang terbaekkklahh susun-rias lampu-lampu tu! 




Tempat ni agak kecik je pun, takla luas sangat cuma amat berbaloi sebab korang akan terasa seperti berada di set penggambaran Avatar!

Beb..jangan lupa plak bawak camera! Takkan nak tengok tempat cun camni dengan mulut ternganga jerrrrkkk! So..sila bawak camera yang berkualiti sket laaa...hadoiiii..

Pesanan, lau nak lagik best bawakla air mineral ke air tin ke untuk korang ilangkan dahaga. Kat sini ramai orang beb, so kompem dahaga! Kat sini ada gak orang jual-jual eskrem or air tin or air mineral, tak mahal pun - air mineral singgit jer sebotol.




So after dah xplore bukit Avatar tu, turun la balik kat bawah - lepak kat pantai sambil makan eskrem!
So apa lagik beb...gi la lepak sambil bergambar kat Avatar Secret Garden Penang niiii..yehaaaa...

Ok...gue dah lapar, nak mandi laut pastu nak makan pasembuq then nak babam zzzzzz... 

Enjoy my Avatar Secret Garden video kat bawah ni:




Nak Travel Overseas?
Selalu kalau aku fly ke luar negara , aku amik/sewa Pocket Wifi ni kat sini. Bleh share-share line wifi ngan sdara and kengkawan, Takder deposit yang korang kena letak. Bayaran dia pun murah giler dan fix! 
So NO HIDDEN charge!

Baca pasal Pocket Wifi tu kat sini! Dah penah post dah pasal Poket Wifi tu kat blog ni dulu dan ramai yang puashati!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!