PERKARA YANG SPOILKAN MOOD KETIKA TRAVEL LUAR NEGARA

Hurmmm...ishkk iskhhh iskhhhhhhh. Sure salah sorang dari korang yang pernah mengalami benda-benda yang tak berapa nak sedap ketika korang tengah syiok-syiok travel, expecially bila korang kat overseas. Sure ada yang dah hadap pengalaman teruk ketika berada luar negara tak kiralah benda tu kecik or besar but of course benda-benda camni akan spoilkan korang punya holiday..hurmm...hurmm..



OK...meh aku ceritakan sedikit sebanyak benda-benda yang men-spoilkan percutian based dari experience aku sendiri or melalui kawan-kawan lain ketika berada di oversea




1. Demam
Perghh...elokk-elok je kat Malaysia, landed jer abroad terus demam! Benda ni memang sangat-sangat spoilkan korang...tu for sure! Normally benda ni terjadi maybe sebab masa dalam flight, korang terdedah dengan orang yang dah demam yang ada sekali dalam flight korang tu. Maybe passenger tu kat depan, maybe kat belakang. Maybe dorang bersin or batuk tapi tak tutup mulut. So akibatnya korang pun dah berjangkit sekali. Faktor kedua selalunya terjadik kat korang yang tak tahan sejuk masa dalam flight, especially korang yang naik long-haul punya flight!


So, bagi yang tak tahan tu, tutup je la lubang aircond kat atas kepala korang tu and pakai sweater yang tebal sket kalau naik penerbangan lebih 5 jam. Kalau korang selsema ke batuk ke, tolonglaaaaah pakai face/mouth mask tu...kalau tak pakai kang berjangkit plak kat passenger lain..hadoiii! Beb...kalau korang ni jenis mudah kena demam, mudah kena selsema, mudah batuk bagai...prepare je la ubat-ubatan untuk korang guna nanti.

One more, sebaik-baikknya korang kena amik travel insurance yang boleh cover korang masa korang travel tu. Insurance bleh cover kalau korang ni tetiber kena demam teruk or ada isu kesihatan lain yang memerlukan korang masuk hospital! Kalau korang xder travel insurance ni, masakkk la kalau kena benda-benda camni...parahhh beb nak membayar!

2. Jet-lag
Ni pun satu bahana gak ni, especially pada korang yang tak tahan dok lelama dalam kapalterbang. dan selalunya kalau korang naik flight lintas-masa contohnya naik dari KL ke London ke yang ada time gap yang besar. Sampai jer kat airport sana, terus rasa penat semacammmm jer and rasa nak muntah la, rasa loya perut la, rasa nak pitam la. 


Kalau korang rasa nak cirit, tu bukan sintom jet-lag tau! Tu sebab korang salah makan! Hehehhe... So chilllll...kalau rasa camtu, cepat-cepat telan panadol ke, apa ke sebelum melarat demam. Petua nak elak jetlag dah ada aku tulis dalam write-up lepas-lepas, jangan malas-malas untuk baca :)

3. Lost Luggage!
Perghh yang ni memang xleh blah beb. Ada je member aku yang pernah kena! Sesampainya kat oversea punya airport, punyalah tunggu luggage tapi tak muncul-muncul! Panikkk wehhh! Maybe dah termasuk ke flight lain or maybe tersangkut kat lane lain. So apa nak buat?? Rilex... Make sure korang punya tiket tu ada pelekat luggage (luggage claim ticket). Selalunya dia akan stickkan kat boarding pass korang tu. Jangan plak itu pun hilang! 

Photo - The Telegraph
So korang carik je Buggage Claim Counter kat airport tu and ask them to find out what happen to your luggage. Kalau nasib baik, akan terjumpa kat lane lain. Andaikata hilang, korang boleh claim dari airlines yang korang naik tu. Isikan 'missing luggage form' yang dorang akan kasik nanti. Korang kena listkan semua benda yang ada dalam bag korang tu but airlines selalunya ada had gantian balik. Kalau korang amik travel insurance, korang kena cepat-cepat call or contact insurance tu. Check balik kat polisi travel insurance yang korang amik tu, ada tak dia cover lost baggage. Kalau ada, cepat-cepat tadah tangan tanda syukurrrr...hehhee. Kalau takder, carilah mana-mana bucu dinding yang hampir dengan korang dan hantuklah kepala korang kat situ sekadar mampu...hehehhee...


4. Tertinggal Barang!
Alahaiiii...adoiii...camera plak tertinggal! Charger handphone tertinggal! Itu tertinggal, ini tertinggal! Haaa kann kannn sure ada yang pernah jadik benda ni. So puncanya senang jerk, sebab korang tak buat proper checklist untuk benda-benda yang wajib bawak semasa korang plan nak travel! Ssatu lagi sebab ialah sebab korang packing last minute..hehehe....hadoiiii

Photo: momondo
Mula la sampai hotel baru perasan camera battery tak bawak, charger ipad tak bawak...ubat anak tak bawak...semua benda tak bawak! Mula lah nak salahkan bini la..salahkan laki la...salahkan kezen laaa...kan kannn... Hahahha.. so aper citerrr??..kena la beli lain kat sana nanti, tu pun kalau benda tu murah! Kalau mahal, kompem takkan beli punya...kan kann. So jangan amalkan packing last minute! Sentiasalah ringan-ringankan tangan tu untuk buat check list apa benda yang harus dibawak before korang fly!

5. Injured!
Whatttt! Kaki terpeleottt plak dahhh...Haihh yang ni pun boleh spoilkan percutian korang secara TKO! Camner nak jalan-jalan kalau kaki or mana-mana bahagian badan korang tetiber injured??

Photo: katyfootdoctor
So kalau melangkah tu, hati-hatilah yerr sebab korang tu kat luar negara, payah kalau jadik apa-apa. Kalau nak main ski ke apa tu, cukuplah main sekadar apa yang termampu, takyah nak tunjuk skill dan bakat sangatlahhh depan orang lain! Kang tak pasal-pasal kaki injured, muka lebam-lebam sebab tersungkur! Hehehe... So kalau rajin tu bawaklah spare minyak urut ke, pain killer punya ubat ke. Kot-kot la terjadik benda-benda camni..kan kannn kannnnn...

6. Kaki Melecet
Haaa yang ni pun sindrom yang kerap terjadik kat korang-korang yang datang dari Malaysia ni yang pakai kasut ala-ala mat saleh , ala-ala k-pop, ala-ala Harujuku la bagai! Ermm...selalunya kita ni kalau nak travel, mulalah carik kasut baru kat Malaysia ni untuk dibawa berjalan masa kat overseas! Kalau yang nak pi travel main snow, sure akan beli kasut snow, kalau nak gi london...kemain dengan boot tinggi paras lutut....hehehe kan kannn. So selalunya kaki melecet sebab kaki kita tak biasa lagik dengan kasut-kasut tu. 


Kita try pakai pun sekejap je kan masa kat kedai kasut tempat yang kita beli tu kannn..pastu dah sampai oversea baru pakai balik, pastu pakai untuk berjam-jam plak tu. Masa tu la baru kita sedar kasut yang kita baru beli tu saiz kecik la, size ter-over besar la bagai. Haihhh... so memang melecet la kaki korang kena gigit dengan kasut baru tuuu...hehehe. Meh nak kasik petua orang tua-tua sebelum korang pakai kasut baru tu. First - cer korang gosokkan lilin disekitar sebelah dalam kasut baru tu, kalau kasut tu berzip...gosokkan lilin tu kat zip sekali. Second - taruk plaster handyplast ke..apa ke kat belakang kaki korang and kat area dalam kasut tu untuk kurangkan geseran. Third - pakai stokin! Jangan la korang malas pakai stokin, nanti habis melecet kaki korang tuuuu...

7. Pick-Pocket
Suprise supriseeee!!! Baru je nak bayar untuk barang or makan, baru tersedar wallet dah ilang! Hurmmm yang ni kerap terjadik kat belah-belah Europe sana. So guys..this is serious issue. Amalkan photostat segala documen penting korang like passport, visa, flight tickets. Tulis segala number penting like number kedutaan Malaysia kat sana, number credit card / debit card and number-number lain yang korang rasa penting kiranya berlaku kecemasan. Bagi golongan pompuan, takyahlah nak poyo bawak beg tangan yang mahal-mahal. For sure ada jer mata jahat yang aim korang untuk di rompak. Or geng-geng lelaki plak, segala macam gadget mahal macam camera DSLR, GoPro la.. DJI Osmo la bagai...takyah nak expose sangat.. 

Baca pasal Lost Passport kat my previous write up.

Photo: ABC News
Mata korang pun kena perati sekeliling kot-kot ada orang lain yang tengah aim nak rompak korang. So, andainya korang kena pick pocket jugak..benda first sekali yang korang kena wat ialah lodge a police report kat balai berhampiran kat sana.Then kalau korang ada amik travel insurance, kalau benda ni dorang cover...cepat-cepat call insurance tu and let they know what happen. Kalau passport plak kena curik, terus je report kat polis and kedutaan Malaysia kat sana. Nanti dorang akan kasik temporary pass untuk korang. Jangan tangguh-tangguh! Benda paling penting, selalunya berhati-hati dan avoid tempat yang too cramp with tourist sebab sure ada je tangan-tangan yang cuba nak meyeluk poket korang!

8. Selisih Faham / Masam muka!
Haaa...yang ni selalunya terjadik kat geng-geng yang travel berjemaah bersama kengkawan. Especially if ada dalam kalangan kawan korang tu yang jenis moody, jenis payah nak accept cadangan orang lain, jenis ikot kepala sendiri jer and jenis yang tak reti bahasa biler kluar travel secara berkumpulan.


Kawan-kawan camni memang sedikit sebanyak akan spoilkan percutian korang. Ada jer benda yang tak kena kat mata dia...hahahhaa. So, sebelum travel tu...pilihlah kengkawan yang satu kepala dengan korang, salah ajak kang semua benda dia akan salahkan korang masa korang baru nak syok syok jenjalan kat overseas! Hahahhaa...

9. Natural Disaster
Haihhh...kekadang apa yang korang plan tu tak semestinya smoothhhh jer. Ada member itu hari gi travel ke Hong Kong but sepanjang 2 hari dok melangut jer dalam bilik hotel sebab xleh keluar kerana ada ribut taufan kat luar! So apa yang penting, korang kena check dulu date yang korang nak travel tu adakah musim hujan, musim taufan? Benda ni korang kena check before korang beli flight ticket or book hotel!


Ok let say korang dah pun tersangkut dalam natural disaster macam hujan banjir, ribut taufan ke, tsunami ke, gempa bumi ke...so fisrt sekali korang kena inform kat ahli keluarga yang dok kat Malaysia tu, bagitahu apa status korang kat dorang. If korang tersangkut kat mana-mana ke, senang dorang nak inform kat embassy soh tolong korang. So, jangan wat senyapppp jerk ok walaupun korang ni travel solo or berstatus bujang ke dara. Inform segera kat dorang! Dorang pun sure akan risau bile dorang tengok berita or baca paper yang tempat yang korang travel tu kena landa ribut taufan bagai! So...let them know! Let Embassy know! Let your friends know!  And again..travel insurance sangat membantu kalau korang amik!

10. Miss Flight!
Perghh..ni memang disaster beb! Memang sangat tak adil airlines-airlines semua kat luar sana tu. Kalau flight delay sejam dua, ok plakkk kita tunggu. But kalau kita lewat 2-3 minutes, kompem kena halang dari naik flight! Haaa..untuk elak benda-benda camni, janganlaaa korang malas-malas untuk sampai at least 3 jam awal! Especially yang nak naik connecting flight ke apa tu. 


Takyah nak enjoy shopping lelama sangat kat airport punya kedai-kedai kat dalam tu. So apa yang korang perlu buat kalau mis flight? Terus je ke airlines counter tu anda tanya apa status ticket korang tu. Sometimes ada airlines yang kasik voucher discount but kalau xder, korang terpaksalah bayar full amount untuk next flight! Tu pun kalau ada seat kosong, kalau xder seat..memang masakkkk! So thats whyla sekali lagik nak habaq mai kat korang, jangan kedekut untuk amik travel insurance! Make sure insurance tu bleh cover semua skali dari injured sampailah ke lost luggage, sampaila ke miss-flight!

11. Scammed!
Beb...yang ni pun antara sedar tak sedar ada yang dah pernah kena! Especially kalau korang baru nak amik apa-apa package masa kat oversea. Contohnya nak naik boat kat Istanbul ke, nak naik taxi/cab ke...nak amik package pusing-pusing town dengan agency sana ke. 


So ramai yang dah kena scammed dengan dorang ni, patotnya naik taxi hanya Euro15 sebagai contoh, tapi taxi driver tu charge korang sampai Euro50! So sebelum cuba nak amik apa-apa public transport yang tak bertiket ni, sila la usha-usha line dulu, check and compare harga betul-betul jangan sampai kena kencing! Spoil mood oooo kalau tahu kena tipu sampai ratus-ratus ringgit, ada yang kena sampai beribu ringgit beb! Baca pasal Travel Scammers ni kat my past write-up..


12. Tukang Amik Gambar
Hahahhaa...nak tambah satu lagik benda best yang boleh spoilkan korang. Ni pasal bab-bab amik gambar. Perasan tak kalau kita kluar travel ngan kengkawan, bile dorang soh kita amik gambar dorang, cunnnn jerk kita amik gambar dorang tu! But biler time kita plak soh kawan kita tolong amik gambar kita, semuanya tak mejadik...senget benget la, gambar tak kena positioning la, gambar blur la hahahaha kann...kannn...Hadoiiiii...memang bleh naik angin jerk kalau jadik camtu! 

So guys, apa-apa pun kalau korang plan nak travel abroad...kena prepare betul-betul. Study betul-betul area yang korang nak travel tu, check musim...check temperature, check local people macam mana etc etc. Jenis mudah demam tu, bawaklah ubat siap-siap. Yang tak satu kepala tu, janganlah memandai korang nak ajak travel...hehehhee...

Okey guys... Travel Safe! Jangan nak moody-moody sangat okeyyy!




+++++++++++++++++++++++++++++++++++



Travel Tips: POCKET WIFI


Selalunya kalau aku fly abroad/luar negara...aku akan siap-siap sewa Pocket Wifi ni dari Kuala Lumpur. Why? Sebab Pocket Wifi ni ialah punca line internet aku masa kat oversea. So bley la guna handphone/ipad untuk google apa-apa info, guna waze ke kat sana. So senangggg.. Pocket Wifi ni korang bleh share-share line wifi dengan kengkawan korang or ngan sdara mara korang masa kat sana nanti. No deposit, no passport copy bagai.. and no hidden fees! Just fill in borang and terus pre-booked. Then korang bleh amik Pocket Wifi tu siap-siap kat KLIA or KLIA2...bayar masa amik. So sampai je oversea, korang ON jer Pocket Wifi tu dan boleh guna on the spot! Soooo laaa senang! Dah penah post dah pasal Pocket WiFi ni banyak kali dan dah ramai pembaca kakikujalanjalan yang dah pun guna dan puashati! Untuk yang nak ke Japan, unlimited data bebbbb... cer try dulu





Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Thursday, September 21, 2017 delete

thanks ,u,back at a chance you have time to play in our place, on the basis of his blog that we created only for limited sharing prediction Togel Only, if you love Togel type of game you can continue sharing predictions togel with us of course trims success always for you

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!