THE GARAGE KL

Dah banyak kali dah nak up pasal tempat ni. Dah banyak kali gak la terbaca kat blog-blog lain. And dah banyak ratus kali dah lalu kat area ni tapi tak pernah sempat nak singgah lepak pun sebab bz ngan hal-hal lain. So aritu sempat gak la untuk singgah, jengok dan lepak makan minum kat sini nagn siblings after tengok wayang.



Ok..kali ni nak story pasal satu tempat makan yang tengah up naik kat area lembah klang ni - The Garage KL. Nama pun dah hipster...hehehehe. So frankly sesampainya kat sini, memang aku tengok semua pakat dok bz amik gambar sebab tempat ni, environment kat sini memang osem cun. Lain dari yang lain. Konsep tempat ni dorang gunakan kontena yang disusun serta dimodified cantekkkk. Memang patotla ramai yang sebok amik gambar :) 





Camner nak datang sini? Korang guna Waze je la kalau tak biasa area Ukay ni, korang carik The Garage KL kat Waza, sure sampai. Area ni memang dalam kawasan Jalan Hulu Klang - camner nak cakap erkk..hurmmm korang carikla sendirikkkk..huhuhu

Nak park kat sini agak mudah sebab are parking depan kedai agak luas. Kalau penuh, korang park je kat tepi jalan masuk, takder saper rasanya nak angkut wat larik. Dengan syarat korang lock la kereta korang tu...jangan tinggal ternganga tak berkunci ploppp...memang makanan penyamun laaaa.. kan kann kannnnnn...






So sesampainya kat sini, korang akan rasa osem sebab banyak port untuk korang yang suka bergambar tu. Kontena-kontena yang dorang ubah suai memang la teramat creative. Banyak backdrop-backdrop menarik yang dorang create - dah macam masuk cafe hipster dah. Ada banyak ruang makan kat tempat ni but kalau orang tengah penuh, korang kena Q gak. Lain lah kalau korang bawak tikar dan bersila atas lantai...hahahha..adehhhh







So mostly makanan-makanan kat sini kebanyakkannya berkonsepkan western. Jangan nak memandai nak order laksa kelantan or mee rebus kat sini sebab memang tak adaaaaa! So oleh kerana aritu singgah pun dah agak lewat malam, so we all order pizza dan snacks like frenchfries je dalam pelbagai variations...pun sodappp walaupun nipis..hehehe. Lepak layan coffee, cuma coffee tu agak suam dan tak panas, tak tau sebab apa. Maybe style camtu la kottt.. Orang kata burger kat sini sedap cuma tak sempat nak rasa sebab masing-masing tak lalu makan dah, nguap ngantuk nak balik zzzzz jer...hahaha..







Jadiknya, pada kaki-kaki selfie, yang suka lepak hangout dan chill-chill, gi la lepak kat The Garage KL ni sebab banyak port untuk korang bergambar dengan heybattt...!

Korang layan la gambar-gambar dalam write-up ni okeyyy.. 






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!