101 RESORT & SPA JANDA BAIK

Guys..kali ni nak story sket pasal satu resort kat Janda Baik, Pahang. Kalau dari KL tu tak jauh mana pun kot kalau nak drive ke Janda Baik ni. Tak sampai sejam. So sangatlah sesuai kalau nak weekend retreat bersama family members or ngan kengkawan korang. Drive dari Kuala Lumpur ke Janda Baik ni amik masa less that 1 hour jer kot.



Ok before ni dah penah and story pasal stay kat Cheringin Hill Resort, Janda Baik. Before ni gak penah story pasal lepak layan ATV pun di Janda Baik. Kali ni nak citer sket pasal our short weekend gateaway pun kat Janda Baik. Kali ni we all stay di 101 Resort & Spa. Actually banyak giler kot resort-resort yang osemmm kat area Janda Baik ni. Cuma korang kena do some research sket la kat encek Google and kena banyak membaca la dari blog-blog yang banyak di alam maya tu...cewahhh.. Ok jom nak citer pasal resort ni.







Macam yang diceritakan pada awal-awal tadik, nak ke 101 Resort & Spa ni, korang kena drive la. Kalau dari KL, nak drive ke sini akan amik masa dalam sejam je. Then dari KL, lalu kot highway Karak tu, pas tu exit kat Genting Sempah. Pastu korner kiri naik Janda Baik. Kalau corner kanan, naik Genting Highland...ehh ehhh...Waze kan ada, carik jela kat Waze hehhee..










Ok..dari simpang Genting Sempah tu, korang kena drive lagi dalam 15KM kot baru sampai area resort ni. Biler korang lalu je satu jambatan kecik merentasi jeram, maknanya korang dah sampaiiiii la tuuu. 

Sampai je kat sini, korang mesti ternganga mulut sebab tengok rekaan resort ni yang osemmm. Deruan air sungai dari jeram bersebelahan resort membuatkan korang lagik membuak-buak untuk stay kat sini, cewahhhhhh...hahahhaa

Ok okeyyy...design 101 Resort & Spa ni bulehlah dikatakan agak osem gak sebab semua chalet/rumah kat sini menggunakan rekaan kampun melayu traditional tapi premium. Nampak resort ni agak mahal tapi harga sebenar xder la mahal mana pun, kira berbaloi la. Korang masuk resort ni punya lobby pun dah bleh ternganga sbb cun decoration dia ala-ala istana zaman dulukala.





Bagi yang plan nak bawak orang tua yang tak larat nak berjalan, disarankan book bilik resort yang kat area-area bawah je sebab kalau nak yang ada view bukit berkabus, kena book bilik resort yang belah atas..mean kena memanjat tangga la sket. Mengah jugak wehhhh...hahahhaa

Kat sini ada macam-macam kategori bilik. Yang aku stay ni, ada 4 katil single yang besar dan terletak di puncak bukit, mengah gak la nak panjat tangga but its worth sebab korang dapat view sunrise and sunset yang osemmm! Kalau pagi-pagi tu, penuh kabus! Nak detail pasal bilik apa yang patut korang book, sila la ke laman web dorang ni. Ada yang start dari RM260 hinggalah ke RM500. Pilihlah mana yang berkenanan noooo...





Mana nak makan? Ermm..kat sini ada restaurant, dont worry. Breakfast disediakan, banyak gak makanan pagi yang dorang sediakan. Ada roti bakar, ada bubur, ada nasik lemak, mee goreng, meehon bla bla bla...macam-macam lagik laaa.

And kalau korang nak best, korang bleh wat BBQ kat sini belah petang or malam. Of coz korang bleh bawak sendiri ayam ke, daging ke, apa ke untuk BBQ ni but tapak BBQ ni kena book awal-awal sebab ramai yang pakai beb.






So kat sini korang bleh mandi-manda kat pool or bleh je rasa mandi kat jeram bersebelahan resort ni, dekat jerkk jalan kaki tak sampai 3 minit pun. Air jeram ni lagik osem sebab sejuk beb! Selain dari tu, korang gak bleh layan naik ATV yang ada bersebelahan resort ni. Tak silap bayaran naik ATV ni dalam RM20 - RM80 kot bergantung pada trek.

Yang pompuan plak, ada Spa kat sini. Tak sure la plak berapa cost dia but untuk 15minit pertama..its FOC! Untuk package lain, kenalah refer kat brochure or web or kena tanya kat receptionist. Oh ya..kat sini gak ada free WiFI untuk kaki handphone yang mengadap handphone 24jam tuhhhh...hehhehehehe...



Cuma yang tak bestnya kat bilik xder fridge. Tak tahu la plak kot-kot bilik aku je yang tak disediakan fridge ni..adoiiiii. Aircond plak super sejuk sebab kat sini area bukit bukau yang sememangnya sejukkkk!

Ermm selain dari tu, yang bawak kids tu yang ala-ala kononnya dari KL yang tak pernah tengok ayam kambing lembu semua tu, bolehla tunjukkan kat anak-anak korang haiwan-haiwan tu yang bersepah kat sini...hehehhee... oooo itu lembuuuu la papaaaaa.. kan kannnn

Ok i think thats all for now, later citer lagik pasal weekend gateaway. Banyak gak weekend gateaway yang nak story but tak sempat, banyak plak kejer lain. Hope this write up bleh membantu korang serba sedikit pasal short gateaway ni...

++++++++++++++++++++++++++++++


Travel Tips!



Selalunya kalau aku fly abroad/luar negara...aku akan siap-siap sewa Pocket Wifi ni dari Kuala Lumpur. Why? Sebab Pocket Wifi ni ialah punca line internet aku masa kat oversea. So bley la guna handphone/ipad untuk google apa-apa info, guna waze ke kat sana. So senangggg.. Pocket Wifi ni korang bleh share-share line wifi dengan kengkawan korang or ngan sdara mara korang masa kat sana nanti. No deposit, no passport copy bagai.. and no hidden fees! Just fill in borang and terus pre-booked. Then korang bleh amik Pocket Wifi tu siap-siap kat KLIA or KLIA2...bayar masa amik. So sampai je oversea, korang ON jer Pocket Wifi tu dan boleh guna on the spot! Soooo laaa senang! Dah penah post dah pasal Pocket WiFi ni banyak kali dan dah ramai pembaca kakikujalanjalan yang dah pun guna dan puashati! Untuk yang nak ke Japan, unlimited data bebbbb... cer try dulu beb...



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!