BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Beb...kalau korang nak spend time tapi taknak lama-lama, tempat ni sesuai gak! Actually tempat ni ok sangat-sangat kalau korang nak spend short weekend getaway! So kali ni nak citer pasal Bukit Gambang Resort City.



Tempat ni takderlah jauh mana pun, dekat je dari Kuala Lumpur. Drive ke sini guna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tak sampai pun 2 jam. Rasanya itu hari drive santai, dalam 1 jam setengah dah bleh sampai ke Bukit Gambang Resort City ni. Dari highway LPT, korang exit 827 Sri Jaya. Then dari exit tu, dalam 20 minutes korang dah boleh sampai Bukit Gambang Resort City. Dekat je kannn kannn...kannnn... santai-santai pun leh sampai awal!

Ok..rasanya boleh je korang 1 day trip untuk lakukan semua activiti kat sini but rasanya too pack kot. Mandi manda di waterpark je kompem akan amik masa satu hari suntuk, especially when u all bring your kids along. So kat sini korang boleh pilih nak stay bermalam di resort-resort yang ada kat sini. Ada 2 jenis resort yanng boleh korang pilih.

i.   Arabian Bay Resort
ii.  Carribian Bay Resort
iii. Everia Villas Resort




Harga resort-resort ni bergantung pada jenis resort apartment, nak tahu harga detail, korang bleh jer drop kat Bukit Gambang Resort City website. Aritu, we all stay kat very nice and big resort di Arabian Bay. Memang besar beb bilik dia, katil pun besar! Puas hati...hehehe

Each resort ni semua ada pool sendiri, so turun je...dah terbentang pool. So kids korang leh mandi-manda dengan riang gembira la la la la.....




Nak makan minum, kalau korang amik harga package - semua dah include ngan breakfast and dinner sekali. Kalau korang nak amik yang breakfast jer pun ok sebab kat luar resort ni, banyak jer kedai-kedai makan yang berhampiran. Tak sampai 2KM pun kalau korang drive :) 

So ada apa kat sini? First rasanya semua dah tahu, BGRC ni tarikan utamanya ialah dorang punya Water Park. Selain tu, kat sini gak ada Safari Park. Actually banyak benda yang korang bleh wat kat sini macam mandi-manda, main water games kat Waterpark.






Then sambung layan tengok haiwan kat Safari dorang, siap bleh naik mini bus then layang Safari Tour - dorang akan bawak masuk korang lalu sebelah harimau la, sebelah singa la..etc. Kira tempat ni okey gak untuk kanak-kanak. Dorang bleh belajar banyak benda kat sini. Kat safari park ni gak ada macam-macam show yang melibatkan binatang. 







Malam gak korang bleh join Night Jungle. Korang bleh layan binatang yang selalunya active sebelah malam. Benda paling rare during night safari ni ialah korang bleh tengok Slof - ni binatang paling slowwwww di dunia...hehehe.. siyes beb, cute giler natang alah ni!

Then waktu malam ni gak korang bleh layan stage show. Aritu ada show orang main ngan api dan kemuncaknya show Tarzan! Siap ngan sound effect, siap ngan mercun bagai! Terkejut beruk jugaklah biler ada sedas dua mercun tu meletup...wakakakkaak...layannnn beb! Kompem kids suka stage show camni sebab ada interactive between actors ngan audience! Congrats untuk semua actors!







Okey...untuk korang masuk dorang punya waterpark or safari, of course akan ada charge kan.

And ohh lupa dah bagitau, kat dua-dua park ni ada kedai makan/snacks kat dalam. No outside food allowed as usual. Kat sini tak pakai cash. Mean korang kena topup kat topup counter, nanti dorang akan scan kat wrist band korang tu. Mean, pasni nak sewa pelampung ke, nak makan minum ke, dorang akan scan kat wrist band. Balance tu nanti korang bleh claim balik masa dah nak keluar later.


Water Park Tickets:
Adults: RM38.00  
Child/Senior Citizen/OKU: RM28.00
Child below 90cm: FOC

Safari Park Tickets:
Adults: RM68.00
Child/Senior Citizen/OKU: RM48.00
Child below 90cm: FOC

So, kalau korang stay kat sana kat mana-mana resort, better korang amik Combo tickets kot.

Combo Tickets:
Water Park + Safari Park
Adults: RM78.00
Child/Senior Citizen/OKU: RM58.00

Selain dari Water Park dan jugak Safari Park, actually banyak lagi kot benda-benda alah lain yang korang boleh explore kat sini. Semuanya terpulang pada masa yang korang ada dan of course la terpulang gak pada fulusss yang ada dalam pocket korang...hehehhehe..kalau nak wat semua activity tu, masakkkkk gak cos dia...kan kannn. So selain tu kat sini gak ada:

• ATV Fun Ride
• ATV Explore Ride
• Paintball
• Obstacle Course
• Night Jungle Walk
• Flying Fox
• Sky Trail

Haaa..lagi satu, kalau korang nak wat big family retreat or nak wat company teambuilding pun dorang boleh arrangekan and sangat sesuai kot buat activity tu kat sini sebab area ni sangatlah luas!

Since we all pun stay sini 3 hari 2 malam jer, cuma sempat explore water park, safari park and night zoo je.. tu pun dah cukup osemmmm dan cukup letih dahhh...hehhehe...

Anything, just refer to their Official Website


So apa lagi guys, plan la lepak sini ngan kengkawan or family members, kompem korang enjoy! Lau bosan-bosan, leh je drive lepak ke Pantai Teluk Chempedak dalam 30KM jerkkkkk..

Happy Holidays!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!