JOGJAKARTA - A WEEKEND GETAWAY

Weekend Getaway? Haaa kali ni nak up story pasal short weekend getaway ke Jogjakarta, Indonesia! As usual kalau bukan bersama family, of course trip ni bersama kengkawan. So as usual la, kalau sekitar planning trip sekitar asia, pasti we all akan naik AirAsia! Trip kali ni memang aku tak masuk campur lansung, semua planning telah perfectly di plan oleh sahabat gue - peyuh. Wah dah start cakap bahasa Indonesia plak dahhhh...hehehhehe... Last time tak silap 2 tahun sudah, we all dah explore Angkor Wat di Siem Reap Cambodia. So ni nak melengkapkan package lawatan ke history temple la...hukalohhhh 


So, selalunya awal-awal Subuh we all dah terbang but kali ni lain sket - we all amik flight tengahari sebab lagik murah! Yelahh..nama pun weekend getaway kan, mestilah segala cost nak direduce :). Penerbangan dari KLIA2 ke Jogjakarta mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit jerkkk but tu lahh, baru 30 minutes dok atas flight, perut masing-masing berbunyik..padahal dah melantak dah tadik kat KLIA2! So masing-masing order makanan dalam flight..hahaha...Nasik Lemak Pak Naseer la jawabnya...




Akhirnya pesawat A320 AirAsia selamat landing dengan bergaya di Sujipto Airport tepat pada masanya walaupun sedikit delay semasa di KLIA2 tadik. As planning, semua benda telah awal-awal di plan - so sesampai ajer di airport, we all punya personal tourist guide bernama Bagas telah siap sedia menanti dengan tag nama yang diprint atas kertas A4 - so xderla pening we all mencarik kann...kannn...kannn? So kalau korang ada plan trip nak ke Jogja, korang kena book siap-siap personal supir cum tourist guide ni, baru senang perjalanan korang. Baru licin dan smoooothhhh gitu..cewahhhh!

Mana nak dapat? Google la abam wwehhhh... or sila private message kat kakikujalanjalan...bleh je aku rekemenkan brother hensem Bagas ni kat korang. Cost? Costnya nanti bergantung pada selama mana yang korang nak jalan-jalan kat sini and banyak mana tempat yang nak korang nak gi...so tu akan tentukan cost khidmat supir ni. Kalau malas keluarkan kos, payahla nak drive sendiri or nak naik taxi sebab dorang lagi expert area ni.. so better amik je supir/tourist guide menjadi peneman setia korang ketika travel kat Jogjakarta ni. Jangan kedekut la abam wehhhh...tak kemana pun kalau jadik kedekut nehhh...

So lokasi pertama right after landed, we all hala ke Candi Ijo. Candi Ijo ni terletak di Prambanan - jaraknya lebeh kurang 18KM kot dari airport, cuma jalan kampung yang akan hadkan kelajuan kereta. So, nampak macam jauh la walaupun sebenarnya tak jauh mana pun. So, why kitaorang gi sini?? Sebabnya sunset kat sini memang osemmm...korang bleh bergambar di area temple ni masa sunset, memang gambar korang akan super osemmm! Ticket masuk - dalam RM5. Psss..we all tak masuk pun dalam temple ni sebab we all sampai lewat! Gate dah tutuppp dahh...adoiiiii. So we all bergambar kat sebelah temple ni je..pun osemmm wa cakap luuu dia punya sunset!





Then..after Candi Ijo, bro Bagas bawak plak we all ke Hutan Pinus Pengger. Masa ni dah jam 8 malam. Why we all lepak sini? Sebab sini pun scenary hutan dia agak heybatttt dengan pokok-pokok tegak lurus dan sebab utama ramai tourist datang ke sini ialah kerana photo-spot nya yang osemmm! Ternyata dorang ni memang creative tahap dewa - banyak spot-spot menarik untuk korang bergambar ada kat sini. Cuma yang letihnya korang kena amik nombor giliran untuk bergambar sebab ramai giler kot yang dok Q untuk bergambar! Dari sini jugak, korang bleh tengok keseluruhan bandar Jogja dari atas bukit! Ticket masuk - dalam RM4/ If bergambar, dorang akan charge tak salah dalam RM3/pic






Esok pagi seawal jam 4am we all dah bangun tercongok macam burung hantu tak cukup tido!! Tepat jam 4am, we all gerak ke satu lagik lokasi osemmm! Kali ni ke Bukit Pangok. Perjalanan agak jauh rasanya, sempat la zzzzz dalam kereta sebab masa tu jam 4 pagi beb...burung pun tak bangun tido lagikkk! Sesampainya kat Bukit Pangok, suasana hutan tu masih lagik gelap gelita. So why we all ke sini? Haaa..kat sini jugak korang bleh amik gambar sepuas-puasnya - antara photo spot yang terkenal kat Jogja ni. Kabus memang penuhhh sampai tak nampak apa pun. Banyak pelantar yang menghadap kabus + scenary yang dorang sediakan untuk korang yang suka amik gambar scenary! Siyes, area ni memang terbaik beb! Ticket masuk - dalam RM4. If korang bergambar atas mana-mana pelantar, dorang akan cas RM2 kot...lupa dahhh







Then after puas bergambar di Bukit Pangok, we all gerak ke Candi Borobudur. Yang ni memang korang kena pergi la sebab yang ni main attraction angkatan tourist seluruh dunia kalau datang ke Jogja ni. Macam candi-candi lain yang famous tu jugak, Borobudur ni under Unesco - meaning candi ni dijaga well protected dan di jaga dengan baik dan rapi. Masa ni cuaca dah agak panas sebab dah jam 11pagi. So nasihat gue, kalau nak datang sini, baik datang awal pagi or datang lewat petang. Sebab kalau datang time tghari, memang ketiak pun menangis bebbbbb...basahhh jerkk.. Hahahaa. Yang tak best kat sini, banyak sangat signage yang dipasang macam tak kena tempat. Spoil je gambar sebab signage tu termasuk sekali - signage buang sampah la, signage jangan panjat kuil la, signage exit laaa...haihhh... Ticket masuk - dalam RM100!









Sebab panas sangat masa kat Borobudur, so next location yang we all tuju ialah ke Umbul Ponggok yang terletak di Klaten, amik masa dekat 2 jam lebeh kot nak sampai! Sampai senget benget muka sebab penat tak hilang lagik. So why we all ke sini?? Sebabnya kat sini korang bleh bergambar dalam air bersama dengan ikan-ikan yang colorful plus ada macam-macam prop lagi yang dorang taruk dalam air tu untuk korang bergambar. At fisrt, ingatkan area ni dalam tasik or dalam laut BUT rupanya area ni macam waterpark! But bezanya, dorang taruk ikan colorful dalam waterpark ni...huhuhuhu...pengsan! Nak bergambar dalam air bersama ikan dan prop, actually korang hanya perlu bawak GoPro je or any other camera yang boleh masuk air. But dengan less info yang kitaorang dapat, so sampai kat sana, we all sewa photographer jerk. So dorangla akan arange untuk amik gambar we all. Tak reti berenang? Takper...dorang akan tolong 'heret' korang dalam air tu sampai ke prop...heheh..berpaut je kat leher brother tu time berenang, dont worry. Air kat sini dalam gak kot...ada la dalam 2 meter, tenggelam satu badan beb! Ticket masuk - dalam RM4 . Kos bergambar RM50 untuk 4 orang - dalam 100 gambar katanya tapi dapat sikit je kot sebab masing-masing panik dalam air dalam hahahhahah! Nasiblaaaa...








After penat lepak mandi sambil bergambar dalam air, so we all pekena satu nasik goreng kat kedai kat tepi kolam tu. Perghhh nasik goreng telor mata dia memang meleleh bebbbb...mula-mula satu pinggan nak share 2 orang katanya, last-last order lagi satu pinggan lain sebab sedap sangat! Hahaha maybe sebab perut dah lapaaaar la kottt...adessssss

Malam tu bro Bagas bawak we all jalan-jalan ronda-ronda di bandar Malioboro - ronda kat Malioboro street, ni antara street yang havoc kat Jogjakarta ni but sadly takleh turun pun sebab hujan lebatttt! Aiyakkk... So we decide lepak pekena coffee di Tribun Jogja Legend - kat sini famous gak. So sekali lagi aku order nasik goreng + ice coffee......perghhh lagi sekali sedappppp dorang punya nasik goreng beb!!!! Hahahhaha... Before this pekena Nasik Gudeg but tu laaa..rasa macam tak kena plak dengan selera tekak ni...hehehehe. Nasik goreng jugak yang jadik penyelamat!





Esok paginya jam 6am  - we all hala ke salah satu lagik main attraction kat Jogja ni - Mount Merapi. Yeahhhhhh yahuuuu! Jaraknya lebeh kurang satu jam lebeh perjalanan dari hotel yang we all stay ni. First, perghhhh memang dari dalam kereta lagi aku ternganga biler tengok Gunung Merapi ni dari jauh. Penuh kabus atas tu. Rasa tak sabar plak nak tengok dari jarak dekat! Akhirnya we all sampai di kaki gunung tu. Jadinya, awal-awal lagi Jeep 4x4 dah tunggu untuk bawak we all ke laluan off road menuju ke best view point di kaki Gunung Merapi ni. Kalau korang nak tahu, this mountain still lagi aktive! Meaning anytime je boleh keluarkan lahar gunung berapi! Last sekali Merapi ni keluarkan lahar ialah pada tahun 2010, satu kampung kena pindah dan beratus-ratus yang meninggal sebab gunung berapi ni. So perjalanan naik 4x4 ni amik masa less than 15 minutes...bergegak kepala hotak berjambul naik 4x4 ni sebab laluan offroad dia...hahahhaha. Memang satu experience yang unik gak kot ni. Sesampainya di photo spot, driver 4x4 ni terus guide we all - tunjukkan satu kubu bawah tanah utnuk penduduk kampung berlindung kalau-kalau gunung berapi ni meletus secara tiba-tiba. Seriously, view kat sini pun sangatlahhh osemmmm! Ticket naik 4x4 - dalam RM50 per jeep rasanya...lupa plakk yang ni..ntah..google la erkk..erkkk...erk hehehe...













Okey pendek kata banyak lagi spot-spot yang osem kat Jogja ni cuma masa jer takder. My suggestion is, kalau nak datang sini, amiklah cuti lama-lama sket. At least kena 4 hari 3 malam baru tak rushing, baru puas ronda-ronda!

Lagu rasmi penaja mobil - “Surat Cinta untuk Starla” hehehe...

Psssstt...AirAsia punya Nasik Lemak Pak Naseer sedappp time dari KL to Jogja BUT dari Jogja balik ke KL Nasik Lemak dia kurenggggggg sodapppp...hadoiiiiii....adoiiiii....adehhhhhh :(

Nak ke Jogja? Nak number our best, nice, flexible and handsome tourist guide?
Bagas +62 856 0080 0990  / Ghozali +62 823 2600 0713

Jogjakarta - the awesome place to visit beb! Sekian, harap maklum. Hahahhaha...terbaekkk mas!

Ada video Merapi Mount kat bawah ni using my drone...layannnnn



Pssst untuk traveller - Kalau korang travel and suka amik gambar, make sure amik gambar scenary sana tau, bukannya amik muka sendiri penuh satu gambar then taruk kat sosial media... Orang nak tengok ada apa kat sana, bukannya nak tengok muka hang..adesssss..korang ni kannn..hehehe


++++++++++++++++++++++++++


Travel Tips!



Selalunya kalau aku fly abroad/luar negara...aku akan siap-siap sewa Pocket Wifi ni dari Kuala Lumpur. Why? Sebab Pocket Wifi ni ialah punca line internet aku masa kat oversea. So bley la guna handphone/ipad untuk google apa-apa info, guna waze ke kat sana. So senangggg.. Pocket Wifi ni korang bleh share-share line wifi dengan kengkawan korang or ngan sdara mara korang masa kat sana nanti. No deposit, no passport copy bagai.. and no hidden fees! Just fill in borang and terus pre-booked. Then korang bleh amik Pocket Wifi tu siap-siap kat KLIA or KLIA2...bayar masa amik. So sampai je oversea, korang ON jer Pocket Wifi tu dan boleh guna on the spot! Soooo laaa senang! Dah penah post dah pasal Pocket WiFi ni banyak kali dan dah ramai pembaca kakikujalanjalan yang dah pun guna dan puashati! Untuk yang nak ke Japan, unlimited data bebbbb... cer try dulu beb...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
Thursday, February 15, 2018 delete

Salam.. info blog tuan memang terbaik, gambar semua cantik! Thanks for sharing all this infos and photos with all... kakikujalanjalan terbaik!

Reply
avatar
Monday, July 23, 2018 delete

Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282282222896
WhatsApp : +6282214441280
WhatsApp : +6282280000071
Call : +6282280000071
Call : +6282282222896
Call : +6282214441280
Email : dhanibandung@yahoo.com
Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
Terimakasih

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!