MUZIUM MATAWANG BANK NEGARA MALAYSIA

Beb...! Yang dok kat KL tu kalau tak tahu nak gi mana time hujung minggu, meh aku suggestkan korang gi je visit/melawat Museum and Art Gallery, Bank Negara. Ada gak yang panggil Muzium Matawang. Ada gak yang panggil Muzium Bank Negara. Mana-mana pun okey cuma nama betul tempat ni ialah Museum and Art Gallery, Bank Negara!


So kat mana museum ni erk? Sonangggg jo! Korang taruk je dalam Waze tu 'Muzium Matawang' , kompem korang akan sampai! Dekat je ngan Padang Merbuk dan dekat je ngan Bank Negara Malaysia. Alamat betul muzium ni ialah: 

Sasana Kijang,
2, Jalan Dato' Onn,
50450 Kuala Lumpur.

Apa erkk yang best kat sini?? First, korang akan kagum la kot ngan senibina bangunan ni. Nampak modern..simplicity dan elegant! Building ni nampak sangat kontemporari. Awal-awal lagik korang dah bleh berselfie!






Masuk je dalam building ni korang akan nampak satu tangga pusing yang osemmmm! Terpulanglah kat korang nak naik dari level ke level dengan tangga tu or naik lift. Mana-mana pun bleh. Dorang tak kisah pun korang nak naik ikot mana, aku pun tak kisah korang nak naik lift or tangga..hehehe

Ok..nak sambung citer. Muzium ni bukak setiap hari kot dari jam 10AM - 6PM. But aku strongly suggest korang datang pagi  sebab petang dah panas so tak best nak bergambar..hehehehe. Lagipun mood pagi ni korang akan lagik ceria, berseri serta riang-gembira! So, better datang belah pagi.

And the best thing, masuk adalah PERCUMA! Yehaaaaa! Korang memang suka pun kan benda-benda freeeee ni kannnnn..... hehehhee... :)

Ok nak sambung lagik. Muzium ni ada 4 level. Bermula dari Ground Floor Level, Level 1, Level 2 dan Level 3. Besar kannnn... tu pasai aku suggestkan korang datang awal pagi beb. So semua area bleh cover.

Level GF - Childrens Gallery
Level 1 - Islamic Finance dan Bank Negara Malaysia Gallery
Level 2 - Temporary Gallery
Level 3 - Numismatic Gallery dan Art Gallery

Level GF - Children Area
Kat sini korang bleh layan anak-anak korang. Awal-awal lagi korang akan lalu terowong yang penuhhhh dengan duit Ringgit. Tu bukan duit photostat okey, tu semua duit betul-betul! Memang rambang mata la biler masuk dalam terowong duit ni. Then kat sini ada pelbagai activiti interactive untuk your kids. Your kids gak boleh try buat duit kertas sendiri...haaa camner tu? Korang kena la gi sendiri. Pendek kata, banyak benda-benda interactive yang boleh korang or anak-anak korang cuba masa kat sini!




Level 1
Kat sini korang bleh tengok camner duit duit dari zaman dulukala, semasa zaman pertukaran barter lagi. Ada duit dari timah sebagai pertukaran, ada duit gangsa...ada duit emas. Macam-macam jenis duit zamandulu kala korang bleh tengok dan belajar kat sini. Kalau tengok satu-satu, memang peningggg la nak habiskan. Kat sini gak korang bleh tengok pelbagai rekaaan matawang Ringgit Malaysia dari zaman tok kaduk dulu hinggalah ke duit yang latest sekarang ni. Memang ruangan ni bleh kasik knowledge yang osemmm kat korang!





Level 2
Kat sini banyak ceritera mengenai pembangunan negara Malaysia. Ceritanya memang banyak yang korang tak tahu. Kat sini gak segala program pembangunan Malaysia dari era pembangunan ke era pemodenan dan pelbagai era lagik yang dorang cerita secara detail segala plan perancangan Malaysia dari awal kewujudan hinggalah ke zaman sekarang.






Level 3
Kat sini korang bleh belajar mengenai duit duit lama negara kita. Kat sini gak korang bleh refer jenis dan nama matawang bagi setiap negara di dunia ni! Dari duit Euro, Pound, Rupiah, Solomon Island, Iran...pendek kata semua matawang negara-negara di dunia ada dipamerkan kat sini. Osemmm beb!
Level ni gak korang bleh layan art gallery. Banyak karya-karya best lukisan ada diletak disini. Yang tak minat lukisan or painting tu, takyah la jengok sebab wat penat je. Kasik yang berminat je masuk tengok...hehehe...






Lapar? Nak Makan?
Korang lapar? No problemmmm! Kat ground floor ada cafe yang osem gak. Banyak gak makanan dan minuman yang dorang jual kat sini.


Souvenir?
Nak beli souvenir? Kat bawah ni gak ada kedai yang jual cenderamata dari yang berharga murah hinggalah ke harga ribu-riban! Korang nak beli matawang special edition pun ada kat sini, korang bawak duwitttt je!

So rasanya muzium ni sesuai sesangat untuk korang gi. Tak kesahlah gi ngan BFF ke, gi ngan couple ke, gi laki bini ke, gi ngan family ke...semua bleh layannnnn! Yang berkerusi roda pun rasanya no problem untuk layan tempat ni sebab ada lift! Stroller baby bleh bawak masuk, no problem!









Parking?
Nak parking, korang bleh je parking kat bawah muzium ni. Ada banyak parking. Yang malas, ramai je yang parking kat tepi-tepi jalan masuk.






Oppss..kat sini korang takyah nak berangan nak bawak handbag Prada ke, Gucci ke, LV ke sebab korang tak dibenarkan bawak masuk segala jenis bag kecuali bag yang ada alatan baby kecik je. Kalau korang bawak gak, korang kena simpan handbag mahal korang tu dalam locker kat situ! Ha...ah no bags allowed okeyyy. Sebelum masuk, korang akan lalu safety gate macam kat airport tu, and kalau ada bag, dorang akan check. Mean masa masuk dan keluar, setiap bag akan di check detail! Why dorang check erkk?? Sebab korang masuk muzium yang penuhhhh dengan duwitttt! Anyway, korang bebas untuk bawak smartphone/handphone dan bebas untuk amik apa-apa gambar masa kat sini, no problemmmmm!

Total tours? Kalau korang nak tengok semua benda dengan detail, rasanya akan amik masa 2-3 jam gak! But kalau sambil lalu jerkkk..dalam sejam setengah dah bleh cover semua sekali rasanya.

So guys...kalau nak apa-apa info lagik pasal this osemmm museum, korang click je dorang punya Official Website kat sini - Museum and Art Gallery, Bank Negara

Jadinya,..hujung minggu nih takyahlah nak bz bz ronda Pavillion ke, One Utama ke, The Curve ke... baik korang layan knowledge kat this museum! Kannn..kannnn.... kannnnnnnnnnn...







Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
Saturday, March 03, 2018 delete

wahhh..tak tahu pun ada tempat best canni kat KL ni, thanks for sharing blogger!

Reply
avatar
Sunday, March 04, 2018 delete

Wahh..bestnyer! Anak2 kita tak sabar nak pergi..Mekasih sebab berkongsi. Good info!

Reply
avatar
Thursday, March 15, 2018 delete

last year muzium matawang ni ada buka booth kat matta fair..staff kat situ cakap "jom la datang muzium matawang..tempat lain nak masuk kena bayar.. kami free jer" ;)

Reply
avatar

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!