99 WONDERLAND PARK

Hellooo...helllooo! So semenjak dua menjak ni, KL digegarkan dengan satu lagi pembukaan taman rekreasi yang baru. Dengar citer sampai jem jalan ke Selayang tu sebab orang ramai berpusu-pusu nak datang lepak kat sini!



Okey...jom nak citer sket pasal '99 Wonderland Park' yang baru dibuka di Selayang. To be exact, 99 Wonderland Park ni berada di Tasik Sri Murni, Taman Sri Murni, Selayang. So camner korang nak datang sini? Just follow je Jalan Kuching hala ke rawang, then jalan masuk ke park ni berdekatan dengan Pasar Borong Kuala Lumpur...bukan Pasar Borong Selayang tau! Nak senang, guna je Waze - set je '99 Wonderland Park' - kompem korang tak sesat!



Click to enlarge
Area ni merupakan kawasan tasik yang berada diantara condominium baru - Lake Park Residence dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Murni dan berdekatan dengan Villa Lagenda Condominium.

Nak park mana? Haaa..ni la problem besar! Ramai yang park kat kiri kanan jalan tu walaupun ada kawasan parking. Why dorang park kiri kanan jalan?? Sebab kat kiri kanan jalan ni freeeee! Kalau masuk area parking yang proper, semua kena bayar beb...hahahhaa..pengsan!

This park actually was officially opened last 14th March 2018 - wahhhh tetiber cakap mat saleh la plakkk..hahaha..puii! Taman ni tak besar sangat pun and tak kecik sangat, luasnya lebeh kurang 23 ekar. Haaa?? luas ke tu 23 ekar tuuu? Erkk..kalau buat satu pusingan penuh tasik kat sini, memang terkengkang gak la kaki..hahaha penat wehhh! So asalnya area ni tadak apa pun, ni dulunya bekas lombong and area ni port memancing untuk penduduk area ni. But JL99 Group amik inisiatif untuk naik tarafkan lombong ni.




Oraitt..frankly kalau korang plan nak datang sini hari Sabtu - memang jemmm la abam! Peak period rasanya antara jam 7.30pm hingga 8.30pm, jalan nak masuk ke sini memang akan penuh sesak! So if datang hari Ahad, kurang sket jem sebab Isnin dah kerja and kids dah nak sekolah...so kureng la sket jem tuhhh.. If korang datang awal sangat, bosan gak sebab lampu LED dorang tak bukak lagik. So better korang datang lewat petang la kot.

So nak masuk ni bayar ke free??? Untuk sekarang, semuanyaaaa freeeeeee sehinggalah 13 April 2018. Haaa apa lagikk, korang kompem suka kan benda-benda free ni...hehehe.. Sebab free la, jalan nak ke sini penuh sesakkkk...haihhhh

Area park ni memang la dibuat atas tasik but ni bukan waterpark okeyyy...hahaha!. So takyah nak gedik bawak pelampung la, swimming suit la, pakai bikini laaa...hadesssssss.



Apa yang best kat sini? Hurmmm..tak tahu la cakap camner. But rasanya kids memang suka la area ni sebab taman ni dipenuhi lampu-lampu LED yang dipasang kat sepanjang laluan...LED kat pokok..LED kat gates..etc etc. Memang cerah la area ni but jangan compare ngan Shah Alam punya ICT - memang jauhhh la beza standard LED dorang, kat Shah Alam lagi osemmmm... bayar pun osemmmm gak kannn kannn... hamboiii, dah la masuk preeee...komplen plak macam-macam! Hahahaha....

Click to enlarge  I Image taken from 99wonderlandpark.com.my

So rasanya main attraction kat 99 Wonderland Park ni ialah robotic Dinasour besar tu laaa kat T-Rex Ring. Siap bleh gerak-gerak kepala and keluar bunyi dinasour lagik...kompem anak-anak kecik ternganga mulut sampai jatuh puting dari mulut dorang sebab takjub sangat ngan dinasour besar ni...hehehhe... Yang mak mak budak plak control wat wat tak minat tapi dorang ni la yang busy nak berselfie ngan dinasour sampai terlanggar habis kepala orang sebelah sebab angkat handphone tinggi sangat! Haihhh..hehhehee....koranggg ni kannnn



Selain tu, second attraction rasanya Boat Cruise... Memang penuh sesak beb kat sini sebab kena Q untuk naik boat. Boat ni cross tasik ni jerrkk.. takderlah nak cruise sampai tembus ke tasik Putrajaya...hehehe.. Then kat sini gak korang bleh layan mini zoo seperti taman burung, tengok burung ostrich, layan arnab, tengok ayam, tengok burung merak, itik angsa, naik Magical Bridge dan gantung mangga cinta korang - lock love katanya..hahahhaa puii , tengok waterfall kat Golden Waterfall, bergambar ngan patung-patung binatang di 12 Zodiak Zone dan lepak-lepak kat tepi tasik.




Ooo..kat 99 Wonderland Park ni korang xleh bawak masuk makanan or minuman! Haihhh...payah betul! Sebab kat dalam park ni ada dorang sediakan gerai jualan makanan dan minuman, ada gak gerai-gerai cenderamata. Leh tengok kat video kat bawah ni nanti. Tapi standardla, kalau dah namanya kena beli minuman or makanan kat dalam mana-mana park pun, sure harganya akan mahal la sikit kannn kannnn...kannn...




So kalau korang plan nak datang lepak kat 99 Wonderland Park ni, taman ni dibukak secara FREE sehingga 13 April 2018.

Isnin - Khamis :  6pm - 9.30pm
Jumaat - Sabtu - Ahad : 6pm - 10pm
Public Holiday / Cuti Umum : 6pm - 10pm



So bagi yang ada anak-anak kecik tuhhh..pegang la tangan dorang tu sebab banyak kes anak kecik hilang kat sini sebab sesat dan terpisah dari mak bapak. Mak bapak pun takyahlah nak berselfie-selfie over sangat sampai lupa nak tengok anak-anak kecik korang tu..haihhhh...hehhhe..

Ooo...tandas, surau dan tempat rest semua ada kat sini, so dont worry la kalau tetiber perut rasa nak terkucil ke apa...erkkk

Ooo dah datang sini tu, jangan la lupa bawak camera or at least guna smart phone. Jangan nak nyusah guna handphone orang lain plak untuk snap gambar korang! Hadoiiii...

Nak tahu detail, layan je video kat bawah niiii... yehaaaaa!




Travel Tips!



Plan nak fly Japan? Indonesia? UK? France? Or anywhere else? Selalunya kalau aku fly abroad/luar negara...aku akan siap-siap sewa Pocket Wifi ni dari Kuala Lumpur. Why? Sebab Pocket Wifi ni ialah punca line internet aku masa kat oversea. So bley la guna handphone/ipad untuk google apa-apa info, guna waze ke kat sana. So senangggg.. Pocket Wifi ni korang bleh share-share line wifi dengan kengkawan korang or ngan sdara mara korang masa kat sana nanti. No deposit, no passport copy bagai.. and no hidden fees! Just fill in borang and terus pre-booked. Then korang bleh amik Pocket Wifi tu siap-siap kat KLIA or KLIA2...bayar masa amik. So sampai je oversea, korang ON jer Pocket Wifi tu dan boleh guna on the spot! Soooo laaa senang! Dah penah post dah pasal Pocket WiFi ni banyak kali dan dah ramai pembaca kakikujalanjalan yang dah pun guna dan puashati! Untuk yang nak ke Japan, unlimited data bebbbb... cer try dulu beb...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!