APA YANG KORANG COLLECT KETIKA TRAVEL?

Beb...oooo beb! Sure korang ni jenis kaki travel, kaki jalan...tak kesahlah jenis kaki travel backpackers or premium travellers. Sure antara korang yang jenis suka collect items/barang2 or souvenir  dari negara yang korang travel tu...betui takkk betuiii takkk??



Ok..jom start citer-citer! Kalau korang gi travel luar negara, apa yang korang wajib bawak balik as souvenir? 

Bagi aku...benda yang selalu di bawak balik kalau gi travel oversea ialah fridge magnet sebab yang tu murahhhh...and bleh dapat dalam banyak bentuk dan variant. So pelaburan yang agak simple, murah tapi bleh imbau kembali saat-saat kita travel ke tempat tu suatu masa dahulu kan kan kan...chewahhh...

Meh aku senaraikan benda-benda yang kerak di bawak balik dari oberseaaa....yabedabeduuu!

1. Fridge Magnet
Ini benda paling murah beb. So bleh beli kat diri sendiri dan juga kalau ada rezeki lebeh, bleh kasik kat kengkawan or sedara mara.


2. Hard Rock Items
Ni pun antara kegemaran korang kan? Tak kesahlah...ada yang suka kumpul t-shirt hard rock cafe seluruh negara yang dorang dah sampai ke, ada yang suka kumpul fridge magnet hardrock, suka kumpul gelas hardrock, hardrock pins, drumstick hardrock dan macam-macam lagi yang ada logo hard rock kan. Ada gak yang suka kirim kat kengkawan kan..kan..hehehe..






3. Maps
Dulu aku kerap gak kumpul map-map setiap negara yang aku pergi. Map-map ni aku ambil setiap kali landed kat mana-mana airport - maknanya ni tak payah nak guna modal! Ada ke yang jenis kutip map cam aku nih? Erkkk...





4. Poskad
Haaa ni pun antara benda murah yang boleh korang beli masa travel. Nak free...ada banyak travellers postcard kat area information counter kat mana-mana airport...cer try jengok kalau tak caya! Cer korang cuba ni - cari poskad masa time korang kat oversea, then pos that postcard tu ke alamat rumah sendiri! Serious osem...then stick that postcards kat mana-mana!





5. Kotak Mancis
Haaa ni pun antara benda free yang korang bleh kutip dan kumpul! Banyak jer ada kat mana-mana hotel yang korang stay kat oversea tuuuu... Siyesly kalau korang banyak kumpul kotak-kotak mancis ni, taruk dalam bowl...siyes cun dengan kotak-kotak yang colorfull! Siap ada nama hotel dan negara lagik kat kotak-kotak tu... 



6. Pin or Patches
Pin dan patches pun antara benda yang agak low-cost untuk di kutip or dibeli but amat berbaloi. Korang bleh beli pin or patches ni kat kaki kaki lima je kat negara-negara yang korang lawat tu. Maybe korang tak perasan sebab korang tak penah terniat nak beli. Haa banyak dari korang yang taruk pin or patches ni kat bag travel korang or ada gak yang taruk kat ruang tamu kan....kannn..





7. Botol Coke / Tin  etc
Haaa..ni pun salah satu dari feveret aku. Kumpul bottle coke dari seluruh negara. Seriously, kalau korang pun start kumpul botol-botol coke ni, aku rasa rak kat rumah korang sure menarik tertarik ko memang debommmm...tak caya cer try kumpul or try tengok geng-geng korang yang dah lama mengumbul botol-botol or tin-tin coke dari pelbagai negara ni...giler osem! colorful beb!








8. Jersey Bola
Ni selalunya lelaki la yang buat ni. Ramai antara korang yang jenis kumpul jersey bola masa sampai kat mana-mana negara kat oversea kan? Beli jersey Man United la, chelsea la, real madrid la..barcelona la, Gamba Osaka Japan la, Persib Jakarta la, Bayern Munich la..bla bla and blaaa... betul tak? But slalunya nak kumpul jersey ni modal kena banyak beb sebab harga selai jersey original kompem akan over dari seratus! But tu la..apa da hal..dah minatkannnnn....




9. Starbucks 
Haa yang ni pun ada gak yang suka kumpul. Dulu sempat gak la kumpul pelbagai mug dari Starbucks pelbagai negara pastu dah tak mampu dah sebab mahal beb! Satu botol jer pun dah dokek seratuihhhh...mampuihhh.. Tapi bagi yang kaki collect tu, rasanya memang takder hal, janji minat! :)




10. Keychain / Mug 
Yang ni rasanya ramai yang collect. Kos pun xderla mahal sangat rasanya. Ada sorang kawan tu biler gi rumah dia, perghhh..penuh rak ruang tamu dia dengan macam-macam jenis mug dari macam-macam negara yang dah dia travel! Keychain masalahnya payah nak display, rasa agak kurang menarik but tu la...itu je yang kita mampu kann...huhuhu..pesea....




10. Keychain / Mug 
Yang ni rasanya ramai yang collect. Kos pun xderla mahal sangat rasanya. Ada sorang kawan tu biler gi rumah dia, perghhh..penuh rak ruang tamu dia dengan macam-macam jenis mug dari macam-macam negara yang dah dia travel! Problem kumpul mug ni masa nak packing la kot, fragile! Keychain masalahnya payah nak display, rasa agak kurang menarik but tu la...itu je yang kita mampu kann...huhuhu..pesea....


Actually banyak lagi benda-benda or souvenir yang kita kutip dan kumpul kan? Ada gak yang suka kumpul setem, kumpul cap, kumpul paper dari pelbagai negara, ada yang suka collect sudu yang ada bercop hotel...hehehe...suka kumpul letterhead hotel, kumpul entrance tickets...kumpul flight tickets. Pendek kata, segala benda yang boleh dicollect, dorang akan collect. Yang paling osem if kita dapat collect benda yang nampak premium tapi dengan cost yang minumum!

So korang ni jenis collect apa erkkk masa travel?? Jom start collect!! Yeeehaaa!



++++++++++++++++++++++++++


WIFI? Travel Tips!



Selalunya kalau aku fly abroad/luar negara...aku akan siap-siap sewa Pocket Wifi ni dari Kuala Lumpur. Why? Sebab Pocket Wifi ni ialah punca line internet aku masa kat oversea. So bley la guna handphone/ipad untuk google apa-apa info, guna waze ke kat sana. So senangggg.. Pocket Wifi ni korang bleh share-share line wifi dengan kengkawan korang or ngan sdara mara korang masa kat sana nanti. No deposit, no passport copy bagai.. and no hidden fees! Just fill in borang and terus pre-booked. Then korang bleh amik Pocket Wifi tu siap-siap kat KLIA or KLIA2...bayar masa amik. So sampai je oversea, korang ON jer Pocket Wifi tu dan boleh guna on the spot! Soooo laaa senang! Dah penah post dah pasal Pocket WiFi ni banyak kali dan dah ramai pembaca kakikujalanjalan yang dah pun guna dan puashati! Untuk yang nak ke Japan, unlimited data bebbbb... cer try dulu beb...



Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »

TANYA KAKIKUJALANJALAN:

PREVIOUS HOT!